sudah lama rasanya tidak mengemaskini. entah mengapa...., hari in terasa sungguh sayu sekali. bertemankan nasyid..... lalu kupujuk hati untuk mengingati Allah..., yang pada hakikatnya wujud dengan begitu nyata sekali di muka bumi ini.... tetapi semakin dilupai oleh para hambanya yang semakin sesat, ibarat musafir di gurun tanpa panduan....
Solat 5 waktu semakin dipandang ringan sedangkan hakikatnya ia merupakan tiang kepada Islam. sepotong hadis pernah menyatakan bahawa :
"sembahyang itu tiang agama, barangsiapa mendirikannya, maka ia telah mendirikan agama dan barangsiapa meninggalkannya, maka sesungguhnya dia telah merobohkan agama"
sebagai seorang Islam, kita diwajibkan untuk mengucap 2 kalimah syahadah, sloat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menunaikan zakat dan haji sekiranya mampu. Perhatikan rukun Islam yang pertama dan kedua ; pernahkah kita bertanya mengapa Allah mengutamakan pengucapan syahadah dan solat 5 waktu berbanding ibadah yang lain?
MasyaAllah....., satu malapetaka bagi mereka yang tidak mengetahu, dan juga bagi mereka yang tidak menyampaikan apa yang mereka ketahui tentang betapa beratnya dosa meninggalkan solat itu sendiri
PERUMPAMAAN DOSA MENINGGALKAN SOLAT MENGIKUT WAKTU :
SUBUH - dia akan disiksa selama 60 tahun di neraka (60,000 tahun dunia)
ZUHUR - dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam
ASAR - dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah
MAGHRIB - dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri
ISYA' - Allah tidak redha dia tinggal dibumi dan menggesa dia mencari bumi yang lain
maka dengan ini, insaflah wahai sahabatku, kerana sesungguhnya dosa meninggalkan solat itu adalah SANGAT BESAR, SANGAT BERAT dan SANGAT DAHSYAT siksaannya. Solat 5 waktu itu tidak boleh diganti dengan sesuka hati. pengecualian hanyalah ketika darurat, uzur bagi perempuan ataupun apabila kita hilang kawalan ke atas minda seperti pitam ataupun gila. selagi kita masih waras dan suci, maka solat itu adalah wajib ke atas kita.
"qadha" itu bukan bermaksud ganti, sebaliknya 'melaksanakan', yakni melaksanakan kembali tanggungjawab kita kepada Allah Maha Pencipta. kita masih berdosa tetapi sekurang-kurangnya kita masih takut kepada Allah dan sama sekali tidak mahu menderhaka kepadaNya.
akhir kata, kepada para sahabat yang sudah sampai ke sini, sebar-sebarkanlah maklumat ini kepada semua. dan sekiranya saya ada melakukan kesilapan, tegur-tegurlah saya, insan yang masih cuba untuk mencari keredhaan Tuhan. Amin............